Sunday 11 December 2011

RPH Bahasa Melayu Tahun 2

    Sessi persekolahan sudah hampir tiba.Guru-guru yang komited sudah tentu sedang membuat persediaan rapi untuk menyambut anak didik yang baru.Semalam, ketika saya sedang melaui koridor sekolah,terlihat seorang guru yang senior sedang mengelap meja dan menyapu habuk-habuk di dalam kelas.Maklumlah,sudah hampir enam minggu bilik darjah tidak digunakan.Terdetik di hati,wah,hebat sungguh cikgu ni!Walaupun sudah hampir pencen,kesungguhan yang ditunjukkan sungguh mengharukan saya.Sempat juga berbual tentang persediaan-persediaan lain.Beliau meminta saya mencari contoh-contoh RPH Bahasa Melayu KSSR Tahaun 2.Oleh yang demikian saya berharap posting ini dapat membantu beliau dan rakan-rakan.



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA


Mata Pelajaran dan Kelas:
Bahasa Malaysia 
Tahun  2 Bestari
Tema/Tajuk:
Kebudayaan - Makanan Kita
Masa:
7.30 – 8.30 pagi
Standard Pembelajaran:
1.4.4  / Literasi 3.2
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, 
murid dapat;
i.      Bertutur  untuk menyatakan permintaan 
dengan betul.
ii.     Bertutur  untuk menyatakan permintaan
dengan intonasi yang betul secara bertatasusila.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1.     Menuturkan ayat-ayat permintaan yang
telah didengar daripada dialog.
2.     Main peranan sebagai penjual dan pembeli.  
3.     Berbincang tentang cara yang betul  membina
ayat permintaan berdasarkan situasi.
4.     Menulis ayat permintaan berdasarkan 
gambar, slaid powerpoint atau situasi pada
komputer, papan tulis atau lembaran kerja.  
Aktiviti Literasi
1.    Menyebut dan memahami frasa  yang
mengandungi suku kata terbuka dan 
tertutup yang terdapat dalam ayat permintaan 
berdasarkan dialog.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Nilai Murni – berbudi bahasa, jujur
Keusahawanan – sikap dan pemikiran
keusahawanan
TMK – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar:
Radio/komputer, slaid powerpoint 
gambar-gambar  tunggal, kad gambar, 
lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid menuturkan ayat-ayat permintaan
berdasarkan gambar situasi atau slaid
powerpoint yang dipaparkan.
Refleksi:
30 orang daripada 36 orang murid
telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai
akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan
diberi latihan pengayaan.




Saturday 10 December 2011

SALAM PERKENALAN

Assallamualaikum dan selamat datang ke blog chegubuck. Blog ini dibina bagi melengkapkan tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat sekolah Rendah. Blog ini adalah khusus kepada guru dan murid dalam subjek Bahasa Melayu. Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.